Thursday 9 April 2015

Sukarelawan Perak

Posted by Asy'Maria at 23:38 0 comments
Hiii..

Lama tak menjengguk halaman ni. berhabuk, bersawang pun ada..
Alang-alang menaip nak promote sikit beberapa kegiatan yang sedang dilakukan sekarang..
haha, ayat macam kegiatan haram je kan bunyinya.
cuba uolls expect rumah siapakah ini..? jeng jeng jeng, tak mo wat ayat tacing2. tapi hakikatnya itulah kehidupan segelintir golongan yang masih keciciran dalam arus yang kita kecapi sekarang. Sekolah, nak beli itu ini, baju baru, kasut baru bla bla bla menjadi kejanggalan bagi mereka. Ada yang memberi mereka sangat seronok
Usia 4 atau 5 tahun kendong adik tu biasa sebab mak yang suruh. kadang2 mak dan ayah nak kerja. Jadi sekolah macamana? haa,,
Masa ni Si Baju Oren tu sibuk menerangkan kepada kaum ibu tentang skill kraf nak tarik minat ibu2 buat kraftangan. Sebenarnya mereka suka, dan sangat berminat cuma tiada saluran yang tepat untuk disalurkan.. emm.. #dependonyouropinion
Lastly, ini lah wajah cikgu2 yang bersemangat kental mengajar golongan yang keciciran ini. Naik bot dan berpanas itu perkara biasa bagi mereka. Si Baju Oren tu bukan cikgu la yang pasti, kui kui kui. Tunggu coretan dan bebelan seterusnya okay..! see u again :P

Wednesday 2 October 2013

Posted by Asy'Maria at 03:42 1 comments

Sunday 30 December 2012

Apa itu Api,Tanah dan Cahaya?

Posted by Asy'Maria at 03:21 0 comments
API kejadian SYAITAN..
berkurun azali bersumpah,
akan memecah-belahkan ank cucu Adam,
menjadikan mereka bermusuhan dan bertumpah darah,
mengotori hati mereka dengan hasad dengki,amarah dan kesakitan,
bak api yang membakar kayu kering,
dengan itu kami berjaya menjadikan anak cucu Adam tergolong dalam api seperti kami.

TANAH kejadian MANUSIA..
lahirnya dari baka Nabi Adam,
diturunkan ke bumi kerana memakan buah larangan (khuldi),
itulah fitrah manusia,seagung dan sehebat mana pun,
tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan ada kelemahannya,
namun disebalik kesilapan bukan untuk dihukum selamanya,
sebaliknya,kesungguhan dan ketabahan Nabi Adam dalam taubatnya,
sujud subuh pertama Nabi Adam pada jejaknya di bumi,
Allah s.w.t menerima taubatnya,
kemuliaanNYA tiada tolok banding dalam mengampuni umat,

CAHAYA kejadian MALAIKAT..
perantara bagi segala urusan,
amal,kebajikan,rezeki,maut/ajal dibawa dengan amanah,
datangnya sepantas cahaya,
tidak mampu diukur atau disukat,
hadirnya menerangi kegelapan pada siapa yang dikehendakiNYA,
anugerah nikmat tiada ungkapan dengan kata-kata,
tiada gambaran lukisan dikertas,
yang ada hanyalah sebuah pengertian diukir dengan senyuman,
hanya mampu mengucapkan SubhanALLAH.

inilah kejadian azali yang kadang-kala terlupa,
sebelum memusuhi sesama umat manusia,
kenali kejadian syaitan,
selepas melakukan kesalahan,
kenali bagaimana kejadian manusia,
pada siapa harus kupohon taubat,
percayalah suatu saat,
bagaikan lautan tidak bertepi,bumi tidak berpenghujung,
cahaya kenikmatan itu datang.

Friday 28 December 2012

Suatu saat pada peringkatnya

Posted by Asy'Maria at 02:16 0 comments

suatu ketika dulu
jiwa sangat kacau
lagu-lagu metal menjadi halwa telinga
suatu ketika dulu 
jiwa menekan-menekan
lagu-lagu mengenai perasan dilayan
suatu ketika dulu 
jiwa mengocak kedamaian
sejadah kusujudkan
suatu ketika dulu
jiwa berkelana 
naskah al-quran aku titipkan
suatu ketika 
jiwa ini tidak keruan
segalanya tindakan tidak tentu hala
apa yang dicari..?
terus berjalan dalam kebinggungan
dengan izinNYA  sebaris ayat mengisi kekosongan
dan memberi minuman kepada hati yang sedang kehausan
sebaris makna hadis mengungkap segala
alhamdulillah ya Allah
membuka pintu hatiku mengenal segala kejadianMU
syukur nikmat tanpa kata-kata
tiada lain selain hidayahMU 
Praise to ALLAH

Saturday 8 December 2012

Posted by Asy'Maria at 09:40 0 comments


Monday 3 December 2012

pelik

Posted by Asy'Maria at 00:30 0 comments
Dialog facebook

boy : hai
girl  :hai
boy :watpe?
girl  :ngah on9 (dalam ati mau je cakap tgh bace talkin)
boy :dah makan?
girl  :suda (nada bersahaja,sambil berkata setakat tanye kalau nak belanja makan xpe jugak)
boy :bf xmarah ke chat dengan saya?
girl  : ...?????????

kadang-kadang annoying betul kan situasi camni,approve sikit skill tu bagi orang xbosan nak mulakan berkawan...!


boy :salam hai =)
girl  :wasalam oh hai =) (terlebih ramah)
boy :sihat?
girl  :alhamdulillah sihat,awak?
boy :sihat jugak,awak ni cantik la saya tengok dalam gambar (ayat mengayat)
girl  :oh ye..! biasa-biasa je la hehe tenkiu =P
boy :serius,cute je saya tengok (boleh makan pompuan ni)
girl  :ish,,! yeker. (dalam hati xde syiling nak bagi kt kau yang terlebih puji)

kadang-kadang jugak dalam situasi camni lelaki beranggapan pompuan senang nak makan kan,tapi macamna pula dengan situasi dibawah..?baca di lagi


boy :hai
girl  :hai
boy :watpe?
girl  :on9
boy :sibuk ker?
girl  :ada keje sikit,fb on je
boy :sory kalau ganggu
girl  :ok
boy :belajar lagi atau dah kerja?
girl  :still blaja (ingatkan da xtanye)
 boy :kat mana tu?
girl  :ipoh je,(dalam ati dah berasap tanye soalan yang da memang ada kat info facebook)
boy :asal orang mana?
girl  :trg (dah annoying ni,tadi da cakp ada kerja lain)
boy :terengganu kat mana?
girl  :...????????? (dalam hati nak hentak je kepala kat meja)
boy :sibuk ker?
girl  :...????? (offline)
boy :wtpe tu?
girl  :...??????

one minute ago naik status kat home "kau hengat kau tu bagus sangat ke,aku pun tak teringin nak kenal la." tergolek-golek girl gelak bace status ni.. setiap orang ada hak nya untuk merasai kebebasan,so plez respect each other..!




Sunday 2 December 2012

Posted by Asy'Maria at 23:55 0 comments
Dalam duk sembang2 dengan Rabiatul ada la satu topik ni dibincangkan melalui pengalaman beliau..katanya susah nak cari lelaki yang betul-betul faham kita means (perempuan la).so,saya tadahkan telinga mendengar apa yang ingin diceritakannya sambil jari jemari salleh (dalam cerita upin dan ipin) menaip cerita (dah xde kerja kan). matanya lama menatap ke hadapan seolah-olah sedang mengimbau kenangan lalu bersama ehem-ehem. cerita Rabiatul ni dah lama saya ikuti dari awal lagi sehingga sekarang.agak unik kerana yang lelaki banyak berkorban demi yang perempuan. sedikit latar belakang lelaki ni seorang anak yatiam piatu,then banyak support Rabiatul di awal belajar di universiti sehingga la saat ni. walaupun ada sedikit halangan peribadi yang mereka terpaksa berundur. hampir 4 tahun mereka menyulam,dan menjahit kasih antara mereka.semoga jalinan antara mereka kekal sehingga akhir hayat ,,,amin..!
Posted by Asy'Maria at 23:42 0 comments


1. Jika seseorang yang istimewa hadir di dalam hidup anda dan dengan beberapa sebab tertentu dia terpaksa pergi, anda harus merelakannya. Jangan terlalu bersedih dan terimalah hakikat bahawa dia tercipta bukan untukmu. Walaupun tidak dapat bersama untuk selamanya, sekurang-kurangnya dia pernah hadir membahagiakan anda. Sentiasa percaya kepada jodoh kerana jika dia memang ditakdirkan untuk anda, walaupun sejuta halangan yang mendatang, dia pasti akan tetap menjadi milik anda.

2. Jangan cuba melarikan diri daripada cinta apabila cinta sudah berada di hadapan anda. Sentiasa menghargai insan yang menyayangi dan mencintai anda. Bukan mudah untuk mencari cinta kerana cinta selalunya hadir dengan hati yang tulus dan niat yang ikhlas.

3. Sentiasa berani berhadapan dengan risiko. Di alam percintaan semestinya pelbagai halangan akan ditempuhi. Hanya mereka yang benar-benar berani mampu merasai cinta yang sejati. Ingat peluang bukan selalu hadir dan mungkin itulah peluang sekali seumur hidup yang akan kamu temui. Maka apabila bertemu dengan orang yang sesuai, rebut peluang itu dan jangan biarkan dia ternanti-nantikan balasan cinta anda.

4. Belajar menghargai orang lain yang sentiasa setia di saat anda susah ataupun senang. Jangan sampai anda mengalirkan air mata akibat menyesal kerana membiarkan cinta berlalu begitu sahaja. Sudah lumrah manusia yang selalu tidak menghargai seseorang yang menyayangi kita sehinggalah orang tersebut pergi meninggalkan kita. Saat itu pasti tiada sesiapa yang akan menemani anda lagi.

5. Terdapat banyak bintang di langit, tetapi hanya sebutir bintang yang benar-benar menyerlah dan mampu menarik perhatian anda. Tetapi awas, jangan terlalu asyik memandang keindahan kemilau bintang sehingga lupa kepada rumput yang dipijak. Mungkin pasangan anda sekarang bukanlah seorang yang benar-benar sempurna di mata anda, tetapi kebijaksanaannya melayan anda, berjaya menutup kekurangannya.

6. Jangan terlalu memilih. Sentiasa ingat bahawa tiada seorang manusia pun di dunia ini yang sempurna di dalam setiap aspek. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif dan memberi peluang kepada insan yang anda sayang buktikan kebolehannya. Anda juga harus ingat, kesempurnaan dalam cinta tidak akan dapat dicapai sekiranya anda tidak berusaha bersama.

7. Cinta itu selalu membuatkan anda gembira walaupun ia kadang kala melukakan. Oleh sebab itu berikanlah cinta sejati kepada mereka yang benar-benar layak. Ini kerana bukan semua orang boleh bertahan apabila mengalami kelukaan yang diakibatkan oleh cinta.

8. Kepercayaan kepada pasangan adalah amat penting. Tanpa sikap saling mempercayai antara satu sama lain, hubungan yang terbina sudah pasti tidak akan mampu untuk bertahan lama. Jadi untuk mempercayai seseorang yang anda cintai, anda mesti membuatkan dia sentiasa mempercayai anda terlebih dahulu. Apa yang penting, sentiasa yakin dan jangan sesekali selitkan perasaan ragu-ragu terhadap pasangan apabila perasaan percaya itu telah mula wujud di dalam jiwa anda berdua.

9. Cinta memerlukan masa untuk anda menyedarinya. Walaupun ada yang percaya kepada cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa untuk insan yang seorang lagi merasai kehadiran cinta anda. Perasaan sayang dan kasih juga perlu dipupuk dan itu semua memerlukan masa supaya cinta yang terbina menjadi utuh buat selamanya.

10. Jangan sesekali berputus asa apabila wujudnya persaingan untuk merebut cinta. Anda perlu yakin dengan kehebatan dan keistimewaan anda. Namun jika anda gagal setelah berjuang, itu membuktikan anda seorang yang matang dan sentiasa positif apabila berhadapan dengan kegagalan. Tetapi sekiranya anda berjaya merebut cintanya, itu pastinya menjadi kenangan paling manis untuk anda kenang di sepanjang hidup anda.

11. Jangan bertangguh atau takut untuk meluahkan rasa hati. Biarkan dia tahu rahsia hati anda dan berikan dia sedikit masa untuk memikirkannya. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah apabila anda memberitahu insan yang anda sayang betapa penting dan istimewanya mereka di dalam hidup anda. Dengan itu anda pasti akan berasa puas dan lebih yakin untuk meneruskan kehidupan.

12. Cinta itu berasaskan pengorbanan dan tolak ansur. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu kelemahan dan kekurangan diri anda tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima serta mencintai diri anda seadanya. Jika kamu menemui insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dia sudah pasti jodoh terbaik buat anda.

13. Sentiasa bukakan hati anda kepada insan yang anda sayangi. Jangan sekali-kali meraguinya kerana keikhlasan yang dipamerkan sudah pasti akan dapat dirasai oleh hati yang sentiasa dipenuhi oleh cinta suci.
 

Asy_Ekin Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea