Sunday 30 December 2012

Apa itu Api,Tanah dan Cahaya?

Posted by Asy'Maria at 03:21
API kejadian SYAITAN..
berkurun azali bersumpah,
akan memecah-belahkan ank cucu Adam,
menjadikan mereka bermusuhan dan bertumpah darah,
mengotori hati mereka dengan hasad dengki,amarah dan kesakitan,
bak api yang membakar kayu kering,
dengan itu kami berjaya menjadikan anak cucu Adam tergolong dalam api seperti kami.

TANAH kejadian MANUSIA..
lahirnya dari baka Nabi Adam,
diturunkan ke bumi kerana memakan buah larangan (khuldi),
itulah fitrah manusia,seagung dan sehebat mana pun,
tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan ada kelemahannya,
namun disebalik kesilapan bukan untuk dihukum selamanya,
sebaliknya,kesungguhan dan ketabahan Nabi Adam dalam taubatnya,
sujud subuh pertama Nabi Adam pada jejaknya di bumi,
Allah s.w.t menerima taubatnya,
kemuliaanNYA tiada tolok banding dalam mengampuni umat,

CAHAYA kejadian MALAIKAT..
perantara bagi segala urusan,
amal,kebajikan,rezeki,maut/ajal dibawa dengan amanah,
datangnya sepantas cahaya,
tidak mampu diukur atau disukat,
hadirnya menerangi kegelapan pada siapa yang dikehendakiNYA,
anugerah nikmat tiada ungkapan dengan kata-kata,
tiada gambaran lukisan dikertas,
yang ada hanyalah sebuah pengertian diukir dengan senyuman,
hanya mampu mengucapkan SubhanALLAH.

inilah kejadian azali yang kadang-kala terlupa,
sebelum memusuhi sesama umat manusia,
kenali kejadian syaitan,
selepas melakukan kesalahan,
kenali bagaimana kejadian manusia,
pada siapa harus kupohon taubat,
percayalah suatu saat,
bagaikan lautan tidak bertepi,bumi tidak berpenghujung,
cahaya kenikmatan itu datang.

0 comments:

Post a Comment

 

Asy_Ekin Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea