Tuesday 15 May 2012

Sebuah Kehidupan

Posted by Asy'Maria at 02:33
Jauh sudah berjalan,
Tiada bangku untuk mlepaskan lenguh,
Jauh sudah berjalan,
Tiada beranda untuk berehat & bercerita,
Jauh sudah berjalan,
Tiada bantal untuk meringankan beban di fikiran,
Sebuah diari usang yang bertali masih di tangan,
Masih tetap rapi bersimpul mati,
Di selit dalam poket bahagian tepi,
Terus berjalan melihat betapa banyak hidupan,
Pelbagai warna gelap,ceria,kusam & menyenangkan,
Ukiran senyuman,gelak tawa terus & terus terukir sambil berlari,
Dengan harapan,di hadapan sana,
Akan ada sebuah beranda yang lengkap bakal menghiasi,
Agar tidak lagi lenguh ,penat menahan bebanan ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Asy_Ekin Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea