Tuesday 7 August 2012

Rahsia Alam Cerahkan Kulit..!

Posted by Asy'Maria at 20:34

Betik cerahkan kulit
Untuk wajah, kamu boleh gunakan betik sebagai ramuan untuk untuk mendapatkan kulit yang cerah.Ini disebabkan kerana kandungan enzim buah betik membantu menanggalkan sel-sel kulit mati.Caranya mudah,kamu hanya perlu menghancurkan sebiji buah betik.Kemudian campurkan 2 sudu makan madu dan hazelnut yang telah diancurkan.Akhir sekali sapukan pada kulit dan biarkan selama 10 minit.Kemudian bilas hingga bersih.

Scrub nanas untuk perawatan badan
Kulit tampak lebih bersih dan bersinar dengan scrub nanas.Caranya mudah, hancurkan buah nanas sehingga lumat dengan 1/3 cawan gula pasir.Akhir sekali, gosokkan pada kulit badan dan bilas sehingga bersih.

Khasiat Sengkuang
Inginkan kulit yang cerah dan cantik??Senang sahaja!Hancurkan sengkuang dan sapukan rata-rata pada kulit.Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.

Wajah segar dengan tomato
Hancurkan tomato dan sapukan pada wajah atau kulit badan.Pastikan kamu mendapatkan rehat yang secukupnya dan kamu akan rasai kesegarannya.

Cantik dengan limau nipis
Untuk mengecilkan pori-pori kulit, sapukan isi limau nipis pada kulit,terutama di bahagian hidung dan pipi.Sementara untuk mencerahkan dan manghaluskan kulit pula, kamu hanya perlu menyapu hirisan limau nipis pada wajah dan badan.

Rawatan mandi susu
Tambahkan 4 cawan susu serbuk tanpa lemak di dalam air mandian yang masih suam.Kemudian larutkan sedikit garam mandian untuk tujuan mengelupaskan sel-sel kulit mati.Akhir sekali berendamlah selama 20 minit dan lakukan scrubbing..Mandi susu bukan sahaja membuat kamu berasa segar,bahkan kulit tampak cerah dan berseri.

0 comments:

Post a Comment

 

Asy_Ekin Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea